
TANJUNG KARANG, 9 Ogos 2025 – Kejohanan Karom Peringkat Kelab anjuran Kelab CCMM berjaya menarik perhatian komuniti setempat apabila berlangsung dengan meriah selama dua hari, bermula 8 hingga 9 Ogos 2025, di Kedai Mampir Medang di sini.
Program yang menghimpunkan penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat itu bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim, menggalakkan semangat kesukanan serta mencungkil bakat baharu dalam sukan karom khususnya di kalangan golongan muda.
Sepanjang kejohanan, peserta mempamerkan kemahiran dan strategi permainan yang mengujakan penonton, selain mewujudkan suasana persaingan sihat. Penganjur berharap inisiatif sebegini dapat menjadi acara tahunan bagi memupuk perpaduan serta mengangkat karom sebagai aktiviti riadah yang digemari masyarakat tempatan.

Wakil Kelab CCMM , Haji Zulkarnain ketika ditemui berkata, sambutan yang diterima amat menggalakkan dan pihaknya berhasrat memperluaskan lagi penyertaan pada penganjuran akan datang. “Bukan sekadar bersukan, kita mahu masyarakat saling mengenali, mengeratkan hubungan, dan bersama-sama menghargai warisan permainan tradisional ini,” jelasnya.
Kejohanan berakhir dengan penyampaian hadiah oleh pemimpin tempatan , Encik Akmal Shahrizal kepada para pemenang, sekali gus menutup tirai acara yang penuh semangat dan kebersamaan.
Ikuti kami di Media Sosial
Facebook : Selangor Gazette
X : @selangorgazette
Instagram : @selangorgazettegazette
TikTok : Selangor Gazette
Threads : Selangor Gazette
Youtube : Selangor Gazette
