
Slim River: Suasana gempar seketika selepas penemuan rangka manusia di ladang kelapa sawit dekat Ladang Bukit Besout, Jalan Kuala Slim-Slim River pada petang Ahad lalu.
Rangka terbabit dijumpai orang awam yang dalam perjalanan ke kebun berhampiran ladang berkenaan.
Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, polis menerima maklumat berhubung penemuan itu jam 5.13 petang.
“Hasil siasatan dengan bantuan unit K9 menjumpai hampir keseluruhan rangka kecuali tangan.
