Mohd. Rafizi luah hasrat letak jawatan

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli, dilaporkan meluahkan hasrat untuk meletak jawatan dalam satu mesyuarat bersama penyokongnya yang diadakan selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada 23 April.

Bagaimanapun, sumber menafikan khabar angin bahawa Mohd. Rafizi telah mengosongkan pejabatnya.

Memetik seorang penyokong setianya, Sinchew Daily melaporkan, Mohd. Rafizi meluahkan hasrat meletak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan sistem pemilihan parti yang dianggap tidak adil.

Mohd Rafizi, yang juga Menteri Ekonomi, telah memohon cuti selama sebulan, dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan Mohd Rafizi akan bercuti sehingga 31 Mei.

Sumber lain turut memberitahu Sinchew Daily bahawa hala tuju Mohd. Rafizi akan lebih jelas sekitar awal Mei selepas sebuah syarikat audit luar negara mengaudit sistem pemilihan PKR dan mengemukakan laporan.

Mohd. Rafizi mencadangkan audit tersebut kepada Anwar berikutan suara tidak puas hati yang berterusan mengenai sistem pemilihan sedia ada.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *