Kes Serangan Asid Faisal Halim Diklasifikasikan Sebagai ‘Tiada Tindakan Lanjut’.

Dalam sidang media hari ini, peguam Faisal mendedahkan bahawa pihak mereka menerima surat daripada Jabatan Peguam Negara yang memaklumkan siasatan kes ini telah diklasifikasikan sebagai No Further Action (NFA).

Menurut surat itu, PDRM tidak menemui sebarang petunjuk yang boleh mengaitkan mana-mana individu sebagai suspek — dan segala usaha untuk mencari bukti tidak membuahkan hasil.

Faisal Halim, tonggak Selangor FC dan Harimau Malaya, menjadi mangsa simbahan asid pada Mei lalu, yang menggemparkan dunia bola sepak tempatan dan mencetuskan solidariti dari seluruh negara.

Sumber : Astro Arena

#selangorgazette

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *