
Putrajaya, Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ansara Gerik 2025 membuka lembaran baharu dengan tekad memperluas peranan daripada menjaga kebajikan ahli semata-mata kepada memberi sumbangan yang lebih signifikan kepada komuniti.
Dengan majoriti ahli aktif menetap di Kuala Lumpur dan Selangor, peluang untuk menganjurkan program sukarelawan, bantuan kemasyarakatan dan pelbagai inisiatif sosial dilihat semakin luas. Ketua Cawangan, Mohd Erzo Mohamad Sharip, kekal menerajui kepimpinan bagi penggal 2025–2027 bersama pasukan baharu yang berazam mengangkat Ansara Gerik sebagai alumni yang aktif di lapangan masyarakat.
“Fokus utama masih kepada ahli, namun kini kita mahu menggerakkan usaha yang lebih luas melibatkan komuniti setempat dan golongan yang memerlukan,” ujar Mohd Erzo dalam ucapan penutupnya.
AGM turut menyaksikan pelancaran jersi rasmi Ansara Gerik untuk Karnival Sukan Ansara 2025 yang dijangka menghimpunkan lebih 8,000 peserta Ansara dari seluruh negara sekali gus menjadi medan mengeratkan silaturahim alumni sambil mempromosi gaya hidup sihat.Penaja rasmi adalah Klinik Pergigian Prodenta.
Ansara Gerik turut merancang program untuk anak asnaf dan kerjasama strategik bersama NGO tempatan bagi memperkukuh peranan sosial alumni.
