WROCLAW, Poland: Kapten Chelsea, Reece James berkata apa-apa selain menjuarai Liga Konferens UEFA akan dianggap sebagai satu kegagalan selepas pasukannya menundukkan Real Betis 4-1 pada final.

James hadir dari bangku simpanan untuk membantu mencetus perubahan pada babak kedua apabila The Blues bangkit daripada ketinggalan 1-0 ketika rehat.
Gol menerusi Enzo Fernandez, Nicolas Jackson, Jadon Sancho dan Moises Caicedo memastikan trofi pertama Chelsea sejak tahun 2021.
Kelab gergasi Inggeris itu muncul pasukan pilihan untuk memenangi pertandingan itu sebelum sepak mula susulan sumber yang lebih kaya berbanding lawan mereka pada kejohanan tahap tiga kelab Eropah itu. meraih kegemilangan tetapi James sedar cabaran lebih besar menanti apabila mereka kembali ke Liga Juara-Juara musim depan.
“Hadir ke pertandingan ini, ia sesuatu yang kami mesti menang,” kata James kepada TNT Sports.
“Musim depan kami kembali sekali lagi dalam Liga Juara-Juara.”
Kemenangan itu turut bermakna Chelsea muncul kelab pertama menang semua empat pertandingan utama UEFA selepas Liga Juara-Juara, Liga Europa dan Piala Pemenang Piala.
“Untuk menjadi satu-satunya pasukan dalam sejarah (menang semua empat), ia satu perasaan hebat,” kata Cole Palmer, yang mengubah arus perlawanan dengan dua umpanan gol bagi dua gol pertama Chelsea. – AFP
