Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Dinobatkan Beregu Lelaki No. 1 Dunia

Arena badminton tanah air kembali bersinar apabila beregu lelaki negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Mohd Rumsani, secara rasmi diumumkan sebagai beregu lelaki No. 1 dunia menerusi kemas kini ranking terbaru yang dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini.

Dengan kutipan 91,090 mata, pasangan ini berjaya memintas pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen, yang kini berada di kedudukan kedua dunia selepas mengumpul 90,411 mata. Kejayaan ini mengukuhkan dominasi Malaysia dalam kategori beregu lelaki di persada antarabangsa.

Dalam perkembangan lain, beregu utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengekalkan ranking No. 3 dunia selepas menjadi naib juara di kejohanan Malaysia Masters yang berlangsung hujung minggu lalu di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Pasangan Man Wei Chong-Tee Kai Wun pula mencatat peningkatan ke No. 7 dunia, naik satu anak tangga dengan jumlah mata 72,393. Sebaliknya, Arif Junaidi-Yap Roy King mengalami sedikit penurunan ke tangga ke-23 dunia (47,030 mata).

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *