Pelajar Tingkatan Tiga Kritikal Jatuh dari Tingkat Tiga Asrama, Disyaki Mangsa Buli

Seorang pelajar Tingkatan Tiga dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolahnya di Sabak Bernam, dalam kejadian yang dipercayai berkait dengan insiden buli.

Bapa saudaranya, Muhammad Aidil Mansor, 34, memaklumkan bahawa hasil imbasan CT menunjukkan pelajar itu mengalami pendarahan serius di kedua-dua bahagian otak, selain kecederaan parah termasuk rahang patah dan kerosakan pada paru-paru.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menegaskan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang menjalankan siasatan dalaman untuk menilai pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sekolah berkenaan.

Sebagai langkah awal, Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan semua warden asrama telah dipindahkan buat sementara waktu ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sehingga siasatan selesai dijalankan.

Fadhlina turut memberi jaminan bahawa kementerian akan meneliti secara menyeluruh semua aspek berkaitan, termasuk dakwaan kes buli yang dikaitkan dengan kejadian tragis tersebut.

Ikuti kami di Media Sosial

Facebook : Selangor Gazette
X : @selangorgazette
Instagram : @selangorgazettegazette
TikTok : Selangor Gazette
Threads : Selangor Gazette
Youtube : Selangor Gazette

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *